Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Jun 2026.

1. Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah ditemukan lemas dalam sungai

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

2. Agong terima menghadap MB Johor, dipersembah taklimat pembangunan negeri

Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan dengan taklimat mengenai pencapaian ekonomi, pembangunan dan kemajuan Johor.

3. 'Saya berpusing-pusing di tempat sama, keluar di tempat yang sama' - Jaslinda

Pengalaman berpusing-pusing di lokasi yang sama sehingga tersasar daripada laluan pendakian menjadi antara detik mencabar yang dilalui Jaslinda.

4. SPRM kesan penyelewengan lebih RM9 juta libat program Daya Kerjaya 2.0

Sebanyak 143 syarikat melibatkan 320 pekerja di seluruh negara terbabit dalam penyelewengan dana kerajaan yang dikendalikan oleh PERKESO itu. 

5. Enam sekeluarga maut dalam kemalangan babitkan lori tanah dan SUV

Enam maut termasuk seorang bayi dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan SUV di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani. 

6. PM Anwar tolak cadangan naikkan harga minyak, kerajaan terus usaha tanggung subsidi

Kerajaan akan terus berusaha menanggung kos subsidi bahan api dengan mengeluarkan perbelanjaan besar bagi mengelakkan rakyat terbeban.

7. Terbuka Indonesia: Wang besar! FeiDin bawa pulang ganjaran lumayan!

Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, terus menikmati hasil kerja keras mereka apabila membawa pulang ganjaran lumayan selepas menamatkan kempen di Kejohanan Terbuka Indonesia.

8. PRN Johor medan kebangkitan semula gelombang biru - Ahmad Zahid

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bukan sekadar medan menentukan kerajaan negeri, malah bakal menjadi titik permulaan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN) pada peringkat nasional.

9. PRN Johor: DAP tanding 17 kerusi DUN - Loke

DAP mengesahkan bakal meletakkan calon di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

10. 'Tok Abah' akhiri tugas Ketua Pengarah J-KOM, bakal galas amanah baharu

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Ismail Yusop hari ini mengumumkan penamatan tugasnya selepas lebih setahun menerajui jabatan itu dan memaklumkan bakal menggalas amanah baharu selepas ini.

 

Must Watch Video

Advertisement