Skip to main content
Advertisement

Politik

Noh Omar umum kembali kepada UMNO

ISKANDAR PUTERI, 7 Jun -- Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersama Tan Sri Noh Omar yang kembali menyertai UMNO, menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Stadium Tertutup Kompleks Educity, Iskandar Puteri, hari ini.  Noh Omar hari ini mengumumkan kembali menyertai UMNO dan BN selepas melepaskan semua jawatan serta keahliannya dalam Bersatu yang berkuat kuasa serta-merta.  --fotoBERN
Ahmad Zahid (kiri) bersama Noh yang kembali menyertai UMNO, menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Stadium Tertutup Kompleks Educity, Iskandar Puteri, hari ini. - Gambar Bernama

ISKANDAR PUTERI: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Tan Sri Noh Omar mengumumkan penyertaan semula ke dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) melalui Rumah Bangsa, pada Ahad.

Tindakan itu dilakukan selepas beliau melepaskan semua jawatan dan keahliannya dalam Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

"Saya amat menghormati prinsip UMNO dan BN di negeri ini, apatah lagi selepas mendengar ucapan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Disebabkan itulah saya bersetuju kembali dengan BN menjelang PRN Johor ini.

"Saya juga yakin, Insya-ALLAH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 nanti, UMNO akan mempunyai prinsip yang sama, tidak akan bersama dengan DAP," katanya kepada selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor di Stadium Tertutup Kompleks EduCity di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau memberitahu keputusan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat kerana mendapati parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan tidak menghormati prinsip dan keputusan ditetapkan Majlis Tertinggi parti.

"Saya memang sudah letak jawatan dan keluar Bersatu, jadi saya ingat tidak perlu tulis surat, saya dah isytihar perkara itu jadi secara automatik saya sudah keluar," katanya.

Pada masa sama, beliau turut berharap UMNO akan menjalinkan kembali kerjasama dengan Pas sekali gus menyatukan masyarakat Melayu di negara ini.

"Saya juga berharap UMNO akan dapat bekerjasama dengan Pas yang akan dapat menyatukan lagi kekuatan perpaduan Melayu. Saya yakin kalau UMNO dengan Pas boleh bersama, mereka boleh tubuhkan kerajaan tanpa perlukan bantuan daripada parti-parti lain," katanya. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement