Skip to main content

Teknologi

SpaceX sasar lancar pusat data AI di orbit seawal 2027

61710465940_TBSPACEXLOGO.jpg
Bagi fasa awal, satelit AI tersebut dijangka menggunakan cip keluaran Nvidia, susulan pengenalan modul NVIDIA Space-1 Vera Rubin yang direka khusus untuk pusat data AI di angkasa. -Gambar fail/Reuters

SYARIKAT aeroangkasa SpaceX menyasarkan pelancaran ujian awal infrastruktur pusat data kecerdasan buatan (AI) berasaskan orbit menjelang penghujung 2027, lapor Amanz.

Sasaran itu lebih awal berbanding pelan asal pada awal 2028 seperti dinyatakan dalam dokumen penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO), sebagai sebahagian daripada usaha SpaceX memperluas peranannya sebagai penyedia infrastruktur AI dan robotik.

Menurut dokumen berkenaan, SpaceX mendakwa mempunyai keupayaan untuk membina pusat data di orbit pada skala besar, termasuk cadangan melancarkan sehingga satu juta satelit pusat data ke orbit Bumi.

Bagi fasa awal, satelit AI tersebut dijangka menggunakan cip keluaran Nvidia, susulan pengenalan modul NVIDIA Space-1 Vera Rubin yang direka khusus untuk pusat data AI di angkasa.

Langkah ini menyusul perkembangan industri apabila syarikat Starcloud sebelum ini melancarkan satelit AI pertama ke orbit pada penghujung 2025 yang menggunakan GPU Nvidia H100.

Konsep pusat data di angkasa lepas dilihat sebagai alternatif kepada kekangan pusat data di Bumi, termasuk had ruang fizikal, bekalan tenaga dan penggunaan air yang tinggi.

 

Must Watch Video

Advertisement