Skip to main content

Teknologi

Rekaan Insta360 X6 tertiris dengan reka bentuk lebih kompak, rakaman 8K 50fps

Insta360 bukan pelopor kamera 360 darjah tetapi mereka mungkin bertanggungjawab mempopularkannya kerana kamera mereka ditawarkan pada harga lebih mampu milik. Hujung minggu lalu, rekaan kamera Insta360 X6 telah tertiris menerusi laman WinFuture menunjukkan saiz yang lebih kecil berbanding Insta360 X5. _amanz
Model baharu itu masih mengekalkan binaan dua lensa fisheye di bahagian hadapan dan belakang bagi menawarkan rakaman video 360 darjah sepenuhnya kepada pengguna. -Foto Amanz

BERLIN: Televisi Republik Indonesia (TVRI) memulakan ujian teknologi penyiaran 5G Broadcast di ibu negara Indonesia sebagai sebahagian usaha memodenkan ekosistem penyiaran negara itu, lapor Amanz.

Ujian berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital (KOMDIGI) Indonesia serta syarikat teknologi Jerman, Rohde & Schwarz, bagi memperkukuh penyampaian maklumat awam dalam era digital.

Melalui teknologi 5G Broadcast, siaran TVRI boleh diterima menerusi peranti yang serasi tanpa memerlukan kad SIM, sambungan internet atau penggunaan kuota data.

Sistem itu membolehkan kandungan disiarkan secara langsung kepada pengguna tanpa perlu memasang antena tambahan seperti yang lazim digunakan bagi penerimaan siaran digital DVB-T2.

Teknologi berkenaan turut membolehkan penghantaran kandungan kepada jutaan peranti secara serentak, sekali gus sesuai digunakan untuk penyebaran maklumat kecemasan ketika berlaku kesesakan rangkaian komunikasi atau bencana alam.

Bagaimanapun, KOMDIGI menegaskan bahawa 5G Broadcast bukan bertujuan menggantikan DVB-T2, sebaliknya berfungsi sebagai pelengkap kepada sistem penyiaran sedia ada yang kekal menjadi tulang belakang penyiaran nasional Indonesia.

Selain Indonesia, teknologi 5G Broadcast turut diuji di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol dan Perancis, dengan beberapa demonstrasi teknologi pernah dilaksanakan sempena Sukan Olimpik Paris 2024.

 

Must Watch Video

Advertisement