Skip to main content

Teknologi

Ray-Ban Meta kenakan had penggunaan percuma ciri Conversation Focus

61745464924_AIRayBan.jpg
Perubahan itu menyaksikan pengguna kini diberikan kuota penggunaan percuma sebanyak tiga jam sebulan sebelum perlu menunggu kuota baharu pada bulan berikutnya atau melanggan pelan berbayar Meta One Premium. -Foto Amanz

GERGASI teknologi Meta Platforms Inc (Meta) mula mengehadkan penggunaan percuma ciri Conversation Focus pada cermin mata pintar Ray-Ban Meta, yang sebelum ini ditawarkan tanpa had kepada pengguna.

Perubahan itu menyaksikan pengguna kini diberikan kuota penggunaan percuma sebanyak tiga jam sebulan sebelum perlu menunggu kuota baharu pada bulan berikutnya atau melanggan pelan berbayar Meta One Premium, lapor Amanz.

Bagi mendapatkan akses yang lebih luas, pengguna boleh melanggan Meta One Premium pada harga AS$20 (kira-kira RM81.60) sebulan.

Pelan itu menyediakan sehingga 15 jam penggunaan Conversation Focus setiap bulan.

Conversation Focus menggunakan pemprosesan audio pada peranti untuk mengasingkan dan menguatkan suara individu yang sedang bercakap dengan pengguna, sekali gus membantu mengurangkan gangguan bunyi persekitaran.

Langkah berkenaan mencetuskan kritikan dalam kalangan sebahagian pemilik peranti kerana ciri itu beroperasi secara terus pada perkakasan cermin mata dan tidak memerlukan sambungan internet atau pemprosesan awan untuk berfungsi.

Meta bagaimanapun berkata langganan tersebut membantu menyokong pembangunan berterusan ciri berkenaan, selain menawarkan akses penggunaan yang lebih luas serta sokongan premium kepada pelanggan.

 

Must Watch Video

Advertisement