Skip to main content
Advertisement

Teknologi

Microsoft uji Disc2Digital, tukar cakera Xbox kepada lesen digital

51746156978_Xbox.jpg
Ciri itu kini sedang diuji secara dalaman oleh kakitangan Xbox selepas rujukan kepada fungsi "Disc2Digital" ditemui dalam kod aplikasi Xbox untuk PC. -Foto fail

MICROSOFT dilapor sedang menguji ciri baharu dikenali sebagai Disc2Digital yang membolehkan pemilik permainan Xbox menukarkan cakera permainan fizikal kepada lesen digital menerusi akaun Microsoft mereka.

Menurut laporan portal teknologi Amanz yang memetik The Verge, ciri itu sedang diuji secara dalaman oleh kakitangan Xbox selepas rujukan kepada fungsi "Disc2Digital" ditemui dalam kod aplikasi Xbox untuk PC.

Fungsi berkenaan dilaporkan menyokong cakera Xbox One dan Xbox Series X. Pengguna hanya perlu memasukkan cakera yang serasi ke dalam konsol Xbox sebelum sistem menjana hak digital bagi permainan tersebut.

Lesen digital itu membolehkan pengguna memuat turun permainan daripada stor rasmi Xbox. Bagi judul yang menyokong Xbox Play Anywhere, akses turut boleh diperoleh menerusi komputer peribadi (PC) dan peranti permainan yang serasi.

Permainan yang tersedia dalam Xbox Cloud Gaming pula boleh dimainkan menerusi perkhidmatan penstriman awan tertakluk kepada langganan yang berkaitan.

Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan bahawa hak digital berkenaan masih dikaitkan dengan cakera fizikal asal. Sekiranya cakera dijual atau dipinjamkan kepada pengguna lain, hak digital tersebut turut akan berpindah bersama cakera berkenaan.

Perkembangan itu hadir selepas Sony mengumumkan bahawa permainan baharu untuk konsol PlayStation tidak lagi akan dikeluarkan dalam format cakera fizikal mulai Januari 2028.

Microsoft setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kewujudan ciri Disc2Digital. Namun, pemerhati industri berpendapat ia mungkin menjadi sebahagian daripada persiapan syarikat itu ke arah konsol Xbox generasi akan datang yang berkemungkinan tidak lagi dilengkapi pemacu cakera.

 

Must Watch Video

Advertisement