Skip to main content

Teknologi

Microsoft hentikan pengeluaran Surface Go, Surface Laptop Go

41703927232_MicrosoftSurfaceBa.jpg
Microsoft tidak lagi mengeluarkan Surface Go 4 dan Surface Laptop Go 3 serta tidak mempunyai rancangan semasa untuk memperkenalkan pengganti bagi kedua-dua model tersebut. -Gambar fail

MICROSOFT dilapor telah menghentikan pengeluaran siri Surface Go dan Surface Laptop Go, sekali gus menandakan pengunduran syarikat itu daripada segmen komputer peribadi mampu milik.

Menurut laporan portal teknologi Amanz yang memetik Windows Central, Microsoft tidak lagi mengeluarkan Surface Go 4 dan Surface Laptop Go 3 serta tidak mempunyai rancangan semasa untuk memperkenalkan pengganti bagi kedua-dua model tersebut.

Langkah itu menyaksikan barisan produk Surface kini tertumpu kepada peranti premium seperti Surface Pro dan Surface Laptop, selain beberapa produk khusus untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Walaupun pengeluaran telah dihentikan, unit Surface Go 4 dan Surface Laptop Go 3 masih boleh didapati menerusi pengedar tertentu sehingga stok sedia ada habis dijual.

Perkembangan itu mencerminkan perubahan strategi perkakasan Microsoft yang kini memberi tumpuan kepada peranti berprestasi tinggi dengan integrasi cip daripada Intel, Qualcomm dan platform AI generasi baharu.

Pemerhati industri berpendapat langkah tersebut akan memperkukuh kedudukan Surface sebagai jenama komputer premium yang menyasarkan pengguna profesional dan pelanggan perusahaan pada masa hadapan.

 

Must Watch Video

Advertisement