Skip to main content
Advertisement

Teknologi

Meta lancar Creator Assistant bantu pencipta jana idea kandungan

Creator Assistant. Amanz.my
Fungsi ini disepadukan secara terus dalam papan pemuka (dashboard) aplikasi mudah alih, sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan analisis prestasi serta panduan khusus berasaskan komuniti masing-masing. -Foto Amanz

Meta baru-baru ini melancarkan Creator Assistant, sebuah bot sembang berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu pencipta kandungan menjana idea baharu serta memantau prestasi digital mereka, lapor Amanz.

Menurut syarikat induk Facebook itu, fungsi ini disepadukan secara terus dalam papan pemuka (dashboard) aplikasi mudah alih, sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan analisis prestasi serta panduan khusus berasaskan komuniti masing-masing.

Selain menjawab soalan, Creator Assistant turut berupaya memberikan cadangan serta tip tersuai bagi membantu meningkatkan kualiti kandungan, bukan sahaja di Facebook malah di Instagram.

Sistem ini juga dilengkapi keupayaan pembelajaran mesin yang membolehkannya menambah baik ketepatan cadangan dari semasa ke semasa berdasarkan corak penggunaan.

Ciri tersebut kini dilancarkan secara berperingkat kepada pencipta kandungan terpilih di Amerika Syarikat, Kanada dan India, melalui akses pada papan pemuka aplikasi Facebook.

Meta memaklumkan fungsi itu akan diperluaskan ke lebih banyak pasaran dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

 

Must Watch Video

Advertisement