Skip to main content

Teknologi

Instagram perkenal ciri ‘Reorder Grid’, pengguna kini boleh susun profil ikut kreativiti

https://amanz.my/2026568169
Langkah ini memberi kawalan lebih kepada pengguna untuk membentuk identiti digital, estetika visual serta menonjolkan kandungan terbaik bagi menarik perhatian pelawat profil. -Foto Amanz

PLATFORM media sosial Instagram memperkenalkan ciri baharu Reorder Your Grid yang membolehkan pengguna mengubah kedudukan semua hantaran di profil mereka tanpa terikat dengan susunan kronologi, lapor Amanz.

Langkah ini memberi kawalan lebih kepada pengguna untuk membentuk identiti digital, estetika visual serta menonjolkan kandungan terbaik bagi menarik perhatian pelawat profil.

Ciri ini juga mudah digunakan, di mana pengguna hanya perlu membuka profil, menekan lama pada mana-mana hantaran dalam grid dan memilih pilihan ‘Reorder grid’.

Selepas itu, setiap hantaran boleh dialihkan ke posisi yang diinginkan, dengan perubahan disimpan secara automatik dan dipaparkan kepada umum.

Instagram memaklumkan fungsi ini mula dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna di seluruh dunia melalui kemas kini aplikasi terbaharu.

 

Must Watch Video

Advertisement