Skip to main content

Teknologi

Google lancar Gemini 3.5 Live Translate, sokong alih bahasa masa nyata

Sumber: AMANZ
Berbeza dengan versi terdahulu yang memerlukan pengguna menunggu sehingga keseluruhan ayat selesai dituturkan, fungsi baharu ini melakukan terjemahan secara berterusan dengan sela masa hanya beberapa saat di belakang penutur. -Foto Amanz

MOUNTAIN VIEW: Google melancarkan model kecerdasan buatan (AI) terbaharu, Gemini 3.5 Live Translate, yang mampu melakukan alih bahasa perbualan secara masa nyata bagi menyokong lebih 70 bahasa, lapor Amanz.

Berbeza dengan versi terdahulu yang memerlukan pengguna menunggu sehingga keseluruhan ayat selesai dituturkan, fungsi baharu ini melakukan terjemahan secara berterusan dengan sela masa hanya beberapa saat di belakang penutur.

Pendekatan itu bertujuan menghasilkan audio yang lebih lancar tanpa jeda ketara, selain mengekalkan prestasi dalam persekitaran bising.

Menurut Google, keupayaan penstriman audio masa nyata ini sesuai untuk pelbagai kegunaan termasuk panggilan suara, kelas dalam talian dan siaran langsung, selain menyokong terjemahan pelbagai bahasa dalam satu sesi.

Syarikat penyedia perkhidmatan seru-pandu Grab antara pihak awal yang telah menguji teknologi ini bagi memudahkan komunikasi antara pemandu dan penumpang yang menggunakan bahasa berbeza.

Aplikasi Google Translate kini mula dikemas kini dengan sistem Gemini 3.5 Live Translate untuk pengguna Android dan iOS.

Melalui ciri ini, pengguna boleh mendengar alih bahasa secara terus hanya dengan meletakkan telefon ke telinga tanpa memerlukan fon telinga.

Must Watch Video

Advertisement