MOSCOW: Aplikasi super Rusia dan platform mesej MAX, berserta pembangunnya syarikat media sosial VKontakte (VK), telah dikeluarkan daripada Google Play, kata VK dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Xinhua.
Berikutan penyingkiran itu, VK menggesa pengguna untuk beralih daripada domain vk.com kepada vk.ru.
"Semua ciri, aplikasi dan reka bentuk VKontakte pada vk.ru kekal sama. Bagaimanapun, atas sebab teknikal, vk.ru sentiasa boleh diakses dan juga dimuat naik dan berfungsi lebih cepat daripada vk.com," menurut syarikat itu.
Pada Jun, beberapa aplikasi VK, termasuk MAX, turut dikeluarkan daripada App Store Apple, mencetuskan kritikan daripada syarikat itu dan pihak berkuasa Rusia.
Google Play juga telah mengeluarkan beberapa aplikasi Rusia, memetik sekatan, termasuk perisian antivirus Kaspersky dan aplikasi mudah alih rasmi beberapa bank Rusia.
-- BERNAMA-XINHUA