WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengesahkan tempat ke pusingan 16 Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Bosnia dan Herzegovina 2-0 pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.
Folarin Balogun meletakkan AS di hadapan menerusi gol ketiganya pada kejohanan itu sebelum perlawanannya berubah secara dramatik.
Balogun kemudiannya dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran terhadap seorang pemain pertahanan Bosnia, sekali gus menyebabkan dia digantung daripada aksi pusingan 16 menentang Belgium di Seattle pada 6 Julai.
Meskipun beraksi dengan 10 pemain, AS menggandakan kelebihan menerusi sepakan percuma yang disempurnakan Malik Tillman.
AS mara ke pusingan kalah mati selepas mengharungi kempen peringkat kumpulan dengan memenangi dua perlawanan pertama sebelum tewas 3-2 kepada Turkiye dalam aksi terakhir kumpulan.
-- BERNAMA-ANADOLU