Skip to main content

Sukan

Piala Dunia: Kanada pesta gol belasah Qatar 6-0

Canada's Jonathan David, front right, celebrates with Stephen Eustaquio,left, after scoring a goal during World Cup Group B soccer match between Canada and Qatar in Vancouver, British Columbia, Thursday, June 18, 2026. (Darryl Dyck/The Canadian Press via AP)
Jonathan David (depan, kanan) meraikan bersama Stephen Eustaquio (kiri) selepas menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Dunia Kumpulan B antara Kanada dan Qatar di Vancouver, British Columbia, 18 Jun 2026. (Foto AP)

PENYERANG Kanada, Jonathan David, mencuri tumpuan apabila meledak hatrik di laman sendiri sekali gus membantu skuad The Canucks membelasah Qatar 6-0 dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia 2026 di Stadium BC Place, awal pagi tadi.

Ia juga merupakan kemenangan pertama Kanada di pentas Piala Dunia.

Jonathan David tampil sebagai wira utama apabila menyempurnakan tiga jaringan dalam perlawanan penuh dominasi tuan rumah, selain mencatat sejarah sebagai pemain Kanada pertama menjaringkan hatrik di laman sendiri dalam saingan Piala Dunia.

Perlawanan mula berubah seawal minit ke-33 apabila Qatar terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas seorang tonggak mereka dilayangkan kad merah susulan terjahan keras yang disemak semula menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR).


Kanada yang mendapat sokongan padu penyokong sendiri tidak menunggu lama untuk menghukum lawan, apabila serangan bertali arus mereka terus membolosi benteng Qatar yang jelas bergelut sepanjang perlawanan.

Walaupun Qatar cuba bertahan, tekanan berterusan Kanada akhirnya membawa kepada pesta gol besar yang menutup perlawanan dengan keputusan 6-0.


Kemenangan bergaya itu meletakkan Kanada dalam kedudukan selesa dalam kumpulan, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka untuk melangkah lebih jauh dalam kempen Piala Dunia kali ini. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement