Skip to main content
Advertisement

Sukan

Piala Dunia 2026 mungkin yang terakhir buat Neymar

Jun 2, 2026; Newark, New Jersey, USA; Brazil forward Neymar Jr. arrives for the 2026 FIFA World Cup at Newark Liberty International Airport. Mandatory Credit: Caean Couto-Imagn Images
Neymar memberi bayangan bahawa kejohanan Piala Dunia FIFA yang bermula Khamis ini mungkin menjadi penampilan terakhirnya di pentas terbesar bola sepak dunia itu. - Foto Reuters

NEW JERSEY: Penyerang Brazil Neymar memberi bayangan bahawa kejohanan Piala Dunia FIFA yang bermula Khamis ini mungkin menjadi penampilan terakhirnya di pentas terbesar bola sepak dunia itu, lapor Xinhua.

Pemain berusia 34 tahun itu membuat kenyataan berkenaan sebagai respons kepada hantaran media sosial FIFA yang memaparkan perjalanan kariernya berserta kapsyen, "Kami mengikuti perjalanan beliau sejak awal."

"Dansa terakhir," balas penyerang Santos itu di ruangan komen, menggunakan ungkapan yang sering dikaitkan dengan musim terakhir legenda NBA, Michael Jordan bersama pasukan Chicago Bulls pada musim 1997-98.

Neymar, penjaring terbanyak Brazil sepanjang zaman dengan 79 gol dalam 128 penampilan antarabangsa, tidak lagi beraksi untuk skuad kebangsaan sejak mengalami koyakan ligamen krusiat anterior (ACL) pada Oktober 2023.

Sejak itu, beliau berdepan beberapa siri kecederaan, dengan yang terbaru ialah kecederaan otot betis yang berkemungkinan menyebabkannya terlepas aksi pembukaan Brazil menentang Maghribi pada 13 Jun.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement