Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Kad merah, UEFA tolak arahan FIFA

FILE PHOTO: Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group D - Turkey v Paraguay - San Francisco Bay Area Stadium, Santa Clara, California, U.S. - June 19, 2026 Referee Ivan Barton shows a red card to Paraguay's Miguel Almiron REUTERS/Carlos Barria/File Photo
Pengadil Ivan Barton menunjukkan kad merah kepada pemain Paraguay Miguel Almiron ketika perlawanan Piala Dunia Kumpulan D antara Turkiye dan Paraguay di Stadium San Francisco Bay Area, Santa Clara, California, AS, 19 Jun 2026. - Gambar fail/REUTERS

KESATUAN Bolasepak Eropah (UEFA) bercadang tidak menerapkan salah satu peraturan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang digunakan dalam Piala Dunia 2026 kali ini.

Layangan kad merah akibat menutup mulut terus menjadi kontroversi, sehingga peminat mempersoal beberapa keputusan lain seperti kekasaran lebih patut diberi perhatian.

Miguel Almiron (Paraguay) dan Piero Hincapie (Ecuador) menjadi pemain yang dibuang padang kerana menutup mulut ketika bersemuka dengan pemain lawan.

Gianluca Prestianni menjadi 'punca' peraturan itu ditubuhkan selepas menggunakan jersinya menutup mulut ketika bercakap dengan bintang Real Madrid, Vinicius Junior, dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Februari lalu.

Siasatan mendapati Prestianni benar bersalah atas perlakuan berunsur homofobia dan dikenakan penggantungan enam perlawanan.

 

 

UEFA dalam satu kenyataan memutuskan untuk tidak menggunakan peraturan itu dalam aksi di bawah penganjuran badan induk itu.

UEFA menyeru pengadil supaya menilai dengan wajar sama ada perlu diberikan kad atau tidak, sambil tidak menolak cubaan yang dianggap menyembunyikan komunikasi.

Must Watch Video

Advertisement