QATAR 1 SWITZERLAND 1
TANDUKAN deras Boualem Khoukhi pada minit ke-94 menyaksikan Qatar berjaya mengikat Switzerland 1-1 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia di San Francisco, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
Breel Embolo meletakkan wakil Eropah tersebut di depan melalui sepakan penalti pada minit ke-17 sebelum tandukan Khoukhi meleburkan hasrat kemenangan Switzerland pada masa kecederaan.
Ia sekali gus menggagalkan harapan pasukan ranking ke-19 dunia itu meraih tiga mata penuh meskipun melancarkan 27 peluang serangan, hanya untuk enam peluang yang dicipta oleh juara Asia itu, tetapi sudah cukup menghukum Switzerland.
Boualem Khoukhi's 94th-minute equalizer earns Qatar their first-ever World Cup point 🇶🇦 pic.twitter.com/E8Lljlgotf
— B/R Football (@brfootball) June 13, 2026
Tahukah anda? Sejarah baru tercatat buat Qatar apabila meraih mata pertama dalam sejarah penampilan mereka dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu.
Sejak penganjuran pada edisi 2022, Qatar telah melakukan revolusi penting dengan memenangi Piala Asia 2023 dan membuat persiapan walaupun dibayangi konflik di Asia Barat awal tahun lalu.
Ini adalah hadiah terbaik jurulatih, Julen Lopetegui, untuk membantu Qatar selepas dipecat oleh Sepanyol pada 2018 hanya beberapa hari sebelum edisi tahun itu bermula.
Bergema stadium dengan ratusan peminat bersorak kegembiraan mencetuskan atmosfera luar biasa buat sejarah bola sepak Qatar.