Skip to main content

Sukan

Penduduk Gaza rai kejayaan Sepanyol julang Piala Dunia

alestinians watch the FIFA World Cup 2026 Round of 16 match between Argentina and Egypt, on a screen in Gaza City, July 7, 2026. REUTERS/Dawoud Abu Alkas
Rakyat Palestin menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Dunia menerusi skrin besar di Gaza City, Gaza. - REUTERS

GAZA: Rakyat Palestin berkumpul di beberapa kedai kopi di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza, untuk menyaksikan final Piala Dunia FIFA 2026 sebelum bersorak meraikan kemenangan Sepanyol ke atas Argentina, lapor Anadolu Ajansi.

Tayangan perlawanan itu memberi peluang kepada penduduk untuk melupakan seketika tekanan perang dan kesukaran kehidupan seharian di wilayah berkenaan.

Ramai dalam kalangan penonton memberikan sokongan kepada Sepanyol sebagai menghargai pendirian negara itu yang menyokong rakyat Palestin.

“Kami berkumpul untuk menyokong Sepanyol kerana negara itu telah lama bersama rakyat Palestin,” kata penduduk Gaza Numan Abdullah, yang menyaksikan perlawanan berkenaan kepada Anadolu Ajansi

Beliau berkata sesi tontonan itu turut membawa mesej keamanan dan solidariti kepada negara-negara yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“Kami ialah rakyat yang mendambakan keamanan,” kata Abdullah.

Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 pada Ahad selepas menewaskan Argentina 1-0, sekali gus meraih gelaran dunia kedua selepas kejayaan pada 2010.

Argentina pula gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement