Skip to main content

Sukan

Legenda seperti Azizulhasni Awang tiada penggantinya - Josiah

NILAI, 25 April -- Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang ketika beraksi dalam acara separuh akhir keirin Lelaki pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Velodrom Nasional hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Azizulhasni bukan sahaja legenda, malah telah meletakkan jurang yang terlalu besar jika dibandingkan dengan pelumba lain di pentas tertinggi. - Gambar fail

OLIMPIAN berbasikal trek kebangsaan, Josiah Ng, menegaskan adalah satu misi mustahil untuk Malaysia mencari pengganti kepada Datuk Azizulhasni Awang.

Jelasnya, Jijoe bukan sahaja legenda, malah telah meletakkan yang terlalu besar jurangnya jika dibandingkan dengan pelumba lain di pentas tertinggi.

Bagaimanapun, Josiah mengakui wujud beberapa nama seperti Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati yang mula menunjukkan kematangan dan mencipta kejayaan di persada antarabangsa.

Namun, untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Jijoe, ia memerlukan masa yang lama untuk mencipta Azizulhasni versi 2.0.

"Dalam sukan, tempat (Michael) Schumacher, (Lewis) Hamilton, (Roger) Federer dan (Rafael) Nadal tidak boleh digantikan.

"Atlet datang dan pergi, walaupun ada yang mirip prestasinya tapi mereka tidak akan dapat menggantikan legenda.

"Saya sendiri tidak mampu mengisi penanda aras yang diletakkan oleh Azizulhasni, dan kini kita mempunyai pelumba berpotensi tapi pastinya ia memerlukan masa (untuk capai ke tahap itu)," katanya di Nadi Arena.

Must Watch Video

Advertisement