ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Julai 2026.
Pelajar 15 tahun direman empat hari kes tikam rakan sekolah
Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam rakan sekolahnya dalam kejadian di sebuah sekolah di sini semalam, direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Kes tikam rakan sekolah: Bapa dakwa anak alami 14 hingga 16 kesan tikaman
Bapa kepada pelajar perempuan berusia 15 tahun yang menjadi mangsa tikaman dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini hari ini mendakwa anaknya mengalami kira-kira 14 hingga 16 kesan tikaman, selain kecederaan pada muka, bibir dan telinga.
Jangan ambil tindakan terhadap wartawan sewenangnya, perlu rujuk Majlis Media Malaysia - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang aduan terhadap wartawan daripada organisasi media yang diiktiraf tidak lagi membawa kepada tindakan automatik, sebaliknya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM).
Model asal penjualan minyak sawit mentah dikembali, jangka tambah keuntungan RM42 juta - PM
Kerajaan memutuskan untuk mengembalikan model asal penjualan minyak sawit mentah seperti yang diamalkan sebelum penyenaraian FGV Holdings Berhad (FGV). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu bagi meningkatkan keuntungan kilang sawit dan memberi pulangan lebih baik kepada warga Felda.
Tiga lelaki didakwa bakar tiga kereta isteri aktivis 'Cikgu Chandra'
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membakar tiga kereta milik isteri kepada aktivis yang dikenali sebagai ‘Cikgu Chandra’ di sebuah rumah di Taman Kinrara, Puchong Mac lepas.
RM450 juta biayai baik pulih, bina rumah bagi petugas Felda - PM
Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM450 juta bagi membiayai kerja membaik pulih dan pembinaan rumah baharu bagi petugas Felda di tanah rancangan di seluruh negara.
Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN dan UNHCR tangani krisis Rohingya
Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dengan anggota ASEAN dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam menangani krisis pelarian Rohingya melalui pendekatan yang lebih strategik dan komprehensif.
- Pelakon drama kepolisan ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal ditahan selepas disyaki positif dadah methamphetamine di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
- RM197 juta bayaran balik pinjaman PTPTN berjaya dikutip menerusi khidmat APH setakat Mei 2026
Sebanyak RM197 juta bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya dikutip menerusi khidmat agensi perunding hutang (APH) bagi tempoh Julai 2025 hingga Mei tahun ini.
- SPR sasar keputusan penuh PRN Johor diketahui sekitar 10 malam Sabtu ini
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sasaran itu disokong oleh sistem SPR yang telah dinaik taraf bagi mempercepat proses penjumlahan dan pengumuman keputusan.