Skip to main content

Malaysia

Atlet Taekwondo WTF UniMAP gegar Kedah Open, raih 12 pingat

Pasukan Taekwondo Universiti Malaysia Perlis
Kesemua atlet yang mewakili UniMAP merupakan pelajar Pusat Kokurikulum UniMAP berjaya menyerlahkan potensi hasil latihan, komitmen dan dispilin tinggi pelajar. - Gambar UniMAP

KUALA LUMPUR: Pasukan Taekwondo Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih 12 pingat pada Kejohanan Kedah Open Taekwondo Championship 2026 yang berlangsung di Star Parade, di sini.

Pada kejohanan tersebut, UniMAP berjaya membawa pulang empat pingat emas, empat pingat perak dan empat pingat gangsa, menjadikan keseluruhan kutipan sebanyak 12 pingat.

Ketua Jurulatih, Lee Kin Seng berkata, lebih membanggakan, kesemua atlet yang mewakili UniMAP merupakan pelajar Pusat Kokurikulum World Taekwondo Federation (WTF) yang berjaya menyerlahkan potensi mereka menerusi penyertaan dalam kejohanan tersebut.

“Pencapaian itu membuktikan program kokurikulum universiti bukan sahaja membentuk sahsiah dan disiplin pelajar, malah turut melahirkan atlet yang mampu bersaing serta mencipta kejayaan di pentas pertandingan.

“Kejayaan tersebut merupakan hasil latihan yang konsisten, disiplin tinggi serta komitmen para atlet di samping sokongan berterusan daripada pihak universiti dalam memperkasa pembangunan sukan dan aktiviti kokurikulum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kin Seng menambah, pencapaian itu diharapkan menjadi pemangkin semangat kepada atlet Taekwondo UniMAP untuk terus meningkatkan prestasi dan mengharumkan nama universiti dalam kejohanan akan datang.

“Pada masa sama, kejayaan ini diharap dapat menarik lebih ramai pelajar menyertai aktiviti kokurikulum serta mengembangkan bakat dalam sukan taekwondo.

“Pasukan UniMAP turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan pasukan sepanjang kejohanan tersebut,” katanya.

Must Watch Video

Advertisement