Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Jun 2026.

  1. PRN Johor: 172 calon sah bertanding rebut 56 kerusi DUN - SPR

    Daripada jumlah itu, seramai 138 ialah calon lelaki manakala 34 lagi calon wanita.

  2. PRN Johor: Bersatu terima keputusan Pas tidak bantu kempen

    Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun prinsip dalam Perikatan Nasional (PN) adalah berasaskan kerjasama dan saling membantu, partinya menerima pendirian yang diambil oleh Pas.

  3. PRN Johor: Calon PH Danish Rahman paling muda, calon PN di Stulang tertua

    Danish Rahman diumumkan sebagai calon termuda manakala Lim Chin Eng merupakan calon tertua yang bertanding pada PRN kali ini.

  4. PRN Johor: Golongan Milenial, Gen X dominasi senarai calon

    Golongan Milenial dan Generasi X berusia antara 30 hingga 49 tahun membentuk kumpulan terbesar calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, mencerminkan peningkatan penyertaan generasi itu dalam arena politik negeri.

  5. PRN Johor: Jeneral perang BN Johor Onn Hafiz hadapi saingan Nor Hafiz di Machap

    Pertembungan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap menyaksikan saingan satu lawan satu antara penyandang yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Amanah, Nor Hafiz Roslan.

  6. Hassan dizahirkan Undang Luak Rembau ke-22

    Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan menzahirkan Hassan Ab Hamid, 67, sebagai Undang Luak Rembau ke-22 dengan gelaran Datuk Sedia Raja.

  7. PRN: Tarik diri, Gerakan gantung Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor

    Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggantung Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor berkuat kuasa serta-merta susulan tindakan menarik diri daripada menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor secara unilateral tanpa sebarang rundingan atau kelulusan kepimpinan pusat.

  8. Pewartaan 50 ekar Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu perlu keberanian politik - PM

    Keputusan mewartakan 50 ekar atau 20.23 hektar tanah di Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu merupakan langkah penting bagi membela kepentingan bumiputera yang memerlukan keberanian politik serta kebijaksanaan dalam mendapatkan sokongan semua pihak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  9. Doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring perkembangan teknologi - Agong

    Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghadapi landskap keselamatan global yang semakin kompleks dan tidak menentu.

  10. Haim Hilman bergari di mahkamah ikut prosedur - Polis

    Polis mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah digari ketika dibawa ke kaunter pembayaran wang jaminan di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada Khamis lalu.

Must Watch Video

Advertisement