Skip to main content

Dunia

Tembakan di Times Square cetus panik peminat Piala Dunia

Sumber: Sinar Harian
Dua individu dilihat melepaskan tembakan dalam insiden yang mencetuskan suasana panik di lokasi tumpuan peminat Piala Dunia di Times Square. - Foto Agensi/Sinar Harian

SUASANA meriah peminat Piala Dunia 2026 di Times Square bertukar cemas apabila tiga das tembakan dilepaskan di kawasan tumpuan pelancong itu, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai.

Polis New York mengesahkan seorang suspek telah ditahan sejurus selepas insiden berlaku, manakala keadaan di lokasi bertukar huru-hara apabila pengunjung bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Rakaman udara oleh stesen televisyen tempatan menunjukkan kehadiran pantas pasukan keselamatan yang mengawal keadaan, ketika kawasan tersebut dipenuhi pelancong dan penyokong bola sepak dari pelbagai negara yang berada di bandar itu sempena kejohanan berkenaan.

Times Square sebelum ini menjadi lokasi tumpuan peminat dari seluruh dunia, termasuk penyokong Brazil, Argentina dan Maghribi yang menjadikannya pusat pertemuan serta sambutan Piala Dunia.
 

Beberapa bintang bola sepak turut dilaporkan pernah singgah di kawasan itu, termasuk Erling Haaland yang berkongsi momen lawatan mereka di media sosial.

Insiden ini berlaku selepas satu lagi kejadian keselamatan berhampiran hotel pasukan England di Kansas, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap aspek keselamatan kejohanan walaupun Piala Dunia setakat ini berlangsung tanpa gangguan besar. - Sinar Harian

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement