MEXICO CITY: Kanak-kanak sekolah akan bercuti dan penjawat awam diminta bekerja dari rumah bagi mengelak kesesakan lalu lintas apabila kejohanan bola sepak Piala Dunia bermula Khamis ini di Stadium Azteka, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Hos bersama Mexico menentang Afrika Selatan dalam aksi pembukaan di ibu negara Mexico itu dan kerajaan mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas sempena acara berkenaan.
Presiden Claudia Sheinbaum telah menandatangani dekri untuk sekolah dan universiti ditutup, manakala syarikat swasta diminta membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah.
Doktor, pegawai polis dan pekerja dalam infrastruktur kritikal pula antara mereka yang dijangka bekerja seperti biasa.
Upacara pembukaan dan perlawanan berlangsung sekitar tengah hari di Mexico City. Majlis yang menampilkan penyanyi terkenal Shakira, bermula pada 11.30 pagi (1730 GMT), manakala perlawanan pembukaan bermula pada 1 tengah hari (1900 GMT).
-- BERNAMA-dpa