Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: Cape Verde jaring gol pertama, ikat Uruguay

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group H - Uruguay v Cape Verde - Miami Stadium, Miami Gardens, Florida, U.S. - June 21, 2026 Cape Verde's Laros Duarte, Steven Moreira, Yannick Semedo, Sidny Lopes Cabral and Diney Borges react after the match REUTERS/Paul Childs TPX IMAGES OF THE DAY
Pasukan Cape Verde terus mencipta sejarah di pentas Piala Dunia apabila menjaringkan gol pertama mereka dalam kejohanan itu sebelum mengikat juara dua kali Uruguay 2-2 dalam aksi Kumpulan H pada Ahad. - Gambar Reuters

MIAMI: Pasukan Cape Verde terus mencipta sejarah di pentas Piala Dunia apabila menjaringkan gol pertama mereka dalam kejohanan itu sebelum mengikat juara dua kali Uruguay 2-2 dalam aksi Kumpulan H pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Selepas mengejutkan ramai pihak dengan mengikat juara Eropah Sepanyol tanpa jaringan dalam perlawanan pembukaan minggu lalu, Cape Verde sekali lagi mempamerkan aksi membanggakan apabila berjaya meraih satu mata berharga sambil mencatat jaringan sulung mereka di Piala Dunia.

Kevin Pina mencipta sejarah apabila menjaringkan gol pertama Cape Verde di pentas Piala Dunia menerusi sepakan percuma pada minit ke-21.

Uruguay bagaimanapun bangkit sebelum tamat separuh masa pertama apabila Maxi Araújo menyamakan kedudukan pada minit ke-44, sebelum Augustin Canobbio meletakkan pasukannya di hadapan beberapa minit kemudian.

Cape Verde tidak mudah menyerah kalah dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi pemain gantian Helio Varela.

Jaringan itu hadir selepas kesilapan hantaran pemain Uruguay membolehkan Varela memanfaatkan ruang yang ada sebelum menolak bola melepasi penjaga gol Fernando Muslera.

Keputusan itu membolehkan Cape Verde terus mengumpul mata berharga dalam penampilan sulung mereka di Piala Dunia.

Dalam saingan Kumpulan H, Sepanyol mendahului carta selepas menewaskan Arab Saudi 4-0, manakala Uruguay dan Cape Verde masing-masing mengumpul dua mata. Arab Saudi berada di tangga tercorot dengan satu mata.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement