BERLIN: Bekas pemegang rekod dunia separa maraton Kibiwott Kandie digantung tujuh tahun atas dua pelanggaran peraturan antidoping, lapor agensi berita Jerman dpa.
Menurut Unit Integriti Atletik Bebas (AIU) Olahraga Dunia pada Khamis, warga Kenya itu enggan memberikan sampel dan turut mengganggu prosedur kawalan doping.
Kandie telah pun digantung sementara pada Mac 2025. Lelaki berusia 30 tahun itu kini telah mengakui kedua-dua pelanggaran tersebut.
Sekatan itu dikurangkan daripada lapan kepada tujuh tahun.
Kandie memenangi pingat perak pada Kejohanan Dunia Separa Maraton di Poland pada 2020. Bagi jarak tersebut, beliau telah mencipta rekod dunia dengan catatan masa 57 minit 32 saat di Valencia pada tahun yang sama, dan sejak itu rekod berkenaan telah diperbaharui.
Kandie juga memenangi separuh maraton Valencia pada 2022 dan 2023.
Beliau memperoleh tempat ke-13 di Marathon Berlin pada 2024.
-- BERNAMA-dpa