KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilaporkan mendahului persaingan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan perbezaan besar berdasarkan kiraan undi tidak rasmi.
Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan calon Barisan Nasional (BN) itu mendahului saingan dengan memperoleh 1,603 undi berbanding pencabarnya, calon Pakatan Harapan (PH), Nor Hafiz Roslan, yang meraih 983 undi.
Beliau kini mendahului dengan majoriti 620 undi, namun keputusan rasmi masih belum diumumkan kerana proses pengiraan undi sedang berlangsung.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, Onn Hafiz mempertahankan kerusi DUN Machap yang dimenanginya sebelum ini dan dicabar calon PH, Nur Hafiz.
Pada PRN lalu, Onn Hafiz memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 6,543 undi menerusi pertandingan empat penjuru.