Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Ahmad Zahid nafi manifesto BN tiru parti lain

SEREMBAN, 15 Julai -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN di pekarangan Parkir Stadium Paroi hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ahmad Zahid berkata manifesto BN yang dilancar pada Jumaat merupakan kesinambungan agenda yang telah digariskan parti itu sebelum ini dan ditambah baik mengikut keperluan semasa. - Gambar fail/BERNAMA

PORT DICKSON: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa manifesto BN yang dilancar Jumaat meniru manifesto parti lain.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu berkata manifesto berkenaan merupakan kesinambungan agenda yang telah digariskan BN sebelum ini dan ditambah baik mengikut keperluan semasa.

“Tidak timbul soal copy-paste (manifesto) kerana dari 2004 hingga 2018, manifesto itu telah kami garapkan dan ini dilakukan untuk improvisasi daripada apa yang telah sedia ada.

“Kita nak melakukan kesinambungan terhadap agenda yang tergendala sebelum ini apabila kita tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan (negeri) pada 2018,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India di Lukut, di sini, semalam.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini manakala hari mengundi 1 Ogos.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement