Skip to main content

Politik

PRN Johor: MCMC terima 29 aduan kandungan dalam talian

[TB]_Mohamad Shafwan Ani Nie Ching PRN Johor 2_ASTRO AWANI
Calon DUN Bukit Permai, Mohamad Shafwan Ani (kiri) mengiringi Nie Ching menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di SJKC Kulai Besar. - Gambar Astro AWANI

KULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima 29 aduan berkaitan kandungan dalam talian sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 bermula 1 Jun hingga 9 Julai lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, aduan itu membabitkan penyebaran berita palsu, ucapan kebencian berunsur 3R (agama, kaum dan institusi diraja) serta penipuan di media sosial.

"Daripada keseluruhan aduan yang diterima, 17 membabitkan penyebaran berita palsu manakala 12 lagi berkaitan ucapan kebencian berunsur 3R.

"Selain itu, satu kes melibatkan penipuan termasuk penggunaan akaun palsu dan penyamaran.

"Semua aduan berkenaan telah disalurkan kepada platform media sosial untuk tindakan lanjut mengikut prosedur yang ditetapkan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai Besar, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nie Ching mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih atau kandungan berunsur kebencian sepanjang tempoh pilihan raya.

Beliau turut menggesa pengguna media sosial supaya sentiasa menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
 

Must Watch Video

Advertisement