Skip to main content

Dunia

10 maut dalam runtuhan kuari

61768631549_policeline.jpg
Polis berkata siasatan masih dijalankan untuk menentukan punca sebenar kemalangan. - Gambar hiasan

KIGALI: Sepuluh orang terbunuh selepas kuari runtuh di sebuah kampung di daerah Bugesera di timur Rwanda, kata polis pada Jumaat, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku pada Khamis di kampung Nyamabuye, sektor Ntarama, apabila kuari itu ranap di atas pekerja yang mengeluarkan bahan binaan, termasuk pasir dan batu, polis memberitahu media tempatan.

Runtuhan itu menimbus pekerja, membunuh 10 orang, kata polis.

Polis berkata siasatan masih dijalankan untuk menentukan punca sebenar kemalangan.

Mayat kesemua mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat lewat Khamis dan dipindahkan ke Hospital Kacyiru di ibu negara, Kigali, menurut pegawai tempatan.

Datuk Bandar Daerah Richard Mutabazi berkata pihak berkuasa telah melarang kerja-kerja di tapak itu berikutan kemalangan.

-- BERNAMA-XINHUA 

 

Must Watch Video

Advertisement