Skip to main content

Malaysia

SPRM tahan pengurus ladang disyaki guna duit tabung pekerja

51592900856_SPRMMDBrasuah.jpg
SANDAKAN: Dipercayai terlibat salah guna wang tabung pekerja ladang sebanyak RM20,000, seorang pengurus ladang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sandakan, pada Isnin.

Suspek lelaki berusia 39 tahun berkenaan ditahan kira-kira jam 9 pagi di pejabat SPRM Sandakan.

Menurut sumber, wang tersebut didakwa dikeluarkan oleh suspek menerusi enam keping cek sebuah bank pada tahun 2018.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan suspek disiasat di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

β€œSuspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

β€œNamun, lelaki itu akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada Selasa,” katanya.




Must Watch Video

Advertisement