Skip to main content

Malaysia

SPRM cari Tsen Hee, Mohd Ridhuan Chee

Tsen Hee (kiri) dan Mohd Ridhuan Chee dicari SPRM bagi membantu siasatan kes. Foto: SPRM
Tsen Hee (kiri) dan Mohd Ridhuan Chee dicari SPRM bagi membantu siasatan kes. - Foto SPRM

PUTRAJAYA: Dua lelaki sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes.

Individu itu ialah Jung Tsen Hee, 54, mempunyai alamat terakhir di No 373, Lorong Chawan 14, Jalan Chawan, Kuching, Sarawak.

Seorang lagi iaitu Mohd Ridhuan Chee @ Chee Chun Sheong, 41, pula mempunyai alamat terakhir di Kampung Talang Batin, 32800 Parit, Perak.

SPRM dalam kenyataan berkata, Tsen Hee dikehendaki hadir bagi prosiding di Mahkamah Kuching, Sarawak pada 29 Jun 2026 hingga 1 Julai 2026.

"Mohd Ridhuan Chee pula dikehendaki hadir bagi prosiding di Mahkamah Jenayah Sesyen 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru, Johor pada 20 Mei 2026," katanya dalam kenyataan.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Tsen Hee diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Nur Asyiqin Mohd Zahid di talian 012-6855902 atau emel [email protected].

"Bagi yang mempunyai maklumat berkaitan Mohd Ridhuan pula diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Raja Mohd Firdaus Raja Semail di talian 011-35661995 atau emel [email protected]," ujarnya. - Sinar Harian

 

 

Must Watch Video