Skip to main content

Malaysia

Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 bermula 1 Jan, 2027

JOHOR BAHRU, 17 Dis -- Keputusan Malaysia dan Singapura membenarkan teksi rentas sempadan menurunkan penumpang di mana-mana lokasi di luar negara asal masing-masing, berupaya meningkatkan pendapatan serta kecekapan perkhidmatan pemandu teksi kedua-dua negara.  Ketika ini, perjalanan sehala dari lokasi pengambilan yang telah ditetapkan, iaitu Terminal Larkin Sentral di sini, ke Terminal Jalan Ban San, Singapura dikenakan tambang sebanyak RM120, manakala perjalanan sehala dari republik itu dari lokasi yang sa
Pelarasan Permit Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSVP) bertujuan untuk merapatkan jurang kos antara teksi berdaftar Malaysia dan teksi berdaftar Singapura yang beroperasi di Singapura. - Gambar fail/Bernama

SINGAPURA: Singapura akan menaikkan bayaran untuk teksi berdaftar Malaysia yang memasuki republik itu kepada S$15 (S$1=RM3.18) setiap perjalanan mulai 1 Jan 2027, meningkat daripada S$2 sebulan sekarang.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan pelarasan Permit Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSVP) bertujuan untuk merapatkan jurang kos antara teksi berdaftar Malaysia dan teksi berdaftar Singapura yang beroperasi di Singapura.

“Hanya teksi berdaftar Malaysia yang dilesenkan dengan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSVL) yang sah dan PSVP ASEAN yang dikeluarkan oleh LTA dibenarkan mengendalikan perkhidmatan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

"Pengunjung dinasihatkan supaya menggunakan hanya teksi berlesen untuk perjalanan rentas sempadan kerana hanya teksi ini mempunyai perlindungan insurans yang sah," menurut kenyataan itu.

LTA juga memberi amaran penumpang yang menggunakan kenderaan tidak berlesen yang tidak diinsuranskan dengan sewajarnya boleh berdepan masalah, mendedahkannya tanpa perlindungan yang mencukupi atau ruang untuk pampasan sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

"LTA akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap perkhidmatan pengangkutan terus (point-to-point) haram untuk menjaga keselamatan penumpang dan mata pencarian pemandu berlesen," katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement