Skip to main content

Malaysia

PRN Johor: Hujan, ribut petir diramal landa kebanyakan daerah pada hari penamaan calon

heavy rain on roof of wooden house, rainy season -- Adobe Stock Image
Ramalan khas itu dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional, MET Malaysia pada jam 8 pagi, 24 Jun 2026 bagi membantu orang ramai membuat perancangan sempena hari penamaan calon PRN Johor ke-16. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca tidak menentu dengan ribut petir di kebanyakan daerah di Johor pada sebelah petang sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, pada Sabtu, 27 Jun.

Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia, daerah Johor Bahru, Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Pontian, Mersing dan Kulai dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang, manakala Batu Pahat dan Tangkak diramal mendung.

Selain itu, Muar pula dijangka mengalami cuaca cerah pada sebelah petang.  

Pada sebelah pagi, cuaca di kebanyakan daerah dijangka hujan, kecuali Segamat, Kluang dan Mersing yang diramal cerah tanpa hujan.  

Suhu minimum di seluruh negeri dijangka antara 24 hingga 25 darjah Celsius, manakala suhu maksimum antara 31 hingga 34 darjah Celsius, dengan Segamat mencatatkan suhu tertinggi sehingga 34 darjah Celsius.  

Orang ramai, petugas pilihan raya serta penyokong parti politik yang menghadiri proses penamaan calon dinasihatkan supaya bersedia menghadapi perubahan cuaca, khususnya di kawasan yang dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang.  

Ramalan khas itu dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional, MetMalaysia pada jam 8 pagi, 24 Jun 2026 bagi membantu orang ramai membuat perancangan sempena hari penamaan calon PRN Johor ke-16.

Must Watch Video

Advertisement