Skip to main content

Malaysia

Pokok sawit musnah, kumpulan gajah dikesan di Felda Bukit Kuantan

61747193662_tbgajah.jpg
Perhilitan menganggarkan sebanyak 18 hingga 20 ekor gajah berada di kawasan berkenaan. - Gambar hiasan

KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang menerima aduan mengenai kehadiran sekawan gajah di Felda Bukit Kuantan di sini semalam. 

Pengarah Perhilitan Pahang Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima laporan itu daripada Felda selepas beberapa pokok kelapa sawit didapati musnah, selain pagar elektrik stesen solar turut mengalami kerosakan selepas kehadiran haiwan berkenaan.

Beliau berkata berdasarkan pemantauan, dianggarkan 18 hingga 20 ekor gajah berada di kawasan berkenaan. 

“Kakitangan Perhilitan masih menjalankan operasi pemantauan, kawalan dan cuba menghalau haiwan itu bagi memastikan keselamatan penduduk serta mengurangkan kerosakan yang berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Sebelum ini, rakaman video memaparkan sekawan gajah di Felda berkenaan tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi masyarakat. 

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement