Skip to main content

Dunia

Kedutaan AS gesa warganya tinggalkan Iraq susulan ketegangan

71717387343_Airplane.jpg
Kedutaan memberi amaran bahawa gangguan perjalanan dan penutupan ruang udara boleh berlaku dalam masa yang singkat berikutan situasi serantau semasa. - Gambar hiasan

BAGHDAD: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Iraq pada lewat malam Rabu mengeluarkan amaran keselamatan menasihati warganya di negara itu untuk kekal bersiap siaga dan sentiasa berwaspada susulan perkembangan serantau, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, kedutaan memberi amaran bahawa gangguan perjalanan dan penutupan ruang udara boleh berlaku dalam masa yang singkat berikutan situasi serantau semasa.

Ia juga mengingatkan warga AS tentang amaran "Tahap 4: Jangan Melancong", tahap tertinggi nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS.

"Jangan pergi ke Iraq atas apa-apa sebab. Tinggalkan (Iraq) sekarang jika anda berada di sana," kata kedutaan itu menggesa rakyatnya.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran berkata pada Khamis bahawa ia telah menyerang dan memusnahkan 18 "sasaran penting" AS sebagai tindak balas terhadap serangan baharu AS ke atas Iran.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement