Skip to main content

Malaysia

PM Anwar diberi sambutan rasmi di Pejabat Perdana Menteri Jepun

Anwar PMO Japan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut oleh rakan sejawatnya dari Jepun, Sanae Takaichi sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu, pada Rabu.

TOKYO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menerima sambutan rasmi daripada rakan sejawatnya dari Jepun, Sanae Takaichi sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu.

Anwar disambut Takaichi setibanya di pejabat Perdana Menteri Jepun, sebelum menerima tabik hormat kawalan kehormatan yang diiringi lagu kebangsaan kedua-dua negara.

Beliau kemudian diperkenalkan kepada barisan menteri Kabinet Jepun serta pegawai kanan kerajaan negara itu, sebelum memperkenalkan anggota delegasi Malaysia yang mengiringi beliau kepada Takaichi.

Upacara sambutan rasmi itu diikuti dengan pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Jepun dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.

Lawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Jepun sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022.

Bagaimanapun, Anwar sebelum ini telah mengadakan dua lawatan kerja ke Jepun masing-masing pada 2023 dan 2024.

Hubungan Malaysia-Jepun yang telah terjalin sejak sekian lama terus diperkukuh menerusi kerjasama strategik melibatkan bidang ekonomi, pelaburan, teknologi, tenaga serta pembangunan industri bernilai tinggi.

Must Watch Video

Advertisement