KAJANG: Vico, jenama minuman malt coklat tempatan, meneruskan Misi Kembara bersama Didi & Friends menerusi Amazing Seeds Sports Day di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Program di lokasi ketiga jelajah itu menghimpunkan kanak-kanak prasekolah dari 20 cawangan Amazing Seeds menerusi aktiviti yang menggabungkan pembelajaran, permainan interaktif dan aktiviti fizikal.
Misi Kembara Vico bersama Didi & Friends membawa pengalaman edutainment secara langsung kepada kanak-kanak menerusi lawatan ke sekolah serta lokasi terpilih.
Program setengah hari di UNITEN dimulakan dengan sesi Senam Sihat bersama Didi & Friends sebelum peserta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.
Antaranya permainan di skrin LED, lontaran bola ke sasaran, cabaran menegakkan botol, cabaran membina menara menggunakan penyedut minuman, permainan kerusi berirama serta ruang bergambar.
Hampir 3,000 cawan minuman Vico turut diagihkan kepada peserta dan pengunjung sepanjang program berlangsung.
Pengagihan itu memberi peluang kepada kanak-kanak serta keluarga menikmati minuman malt coklat Vico yang diperkaya dengan vitamin dan mineral.
Peserta turut membawa pulang kotak misteri Vico serta sampel Vico Bytes, produk baharu yang kini boleh didapati di premis terpilih termasuk AEON, Mydin dan Eco Shop.
Menerusi penganjuran itu, Vico mengetengahkan minuman malt coklat sebagai pilihan lebih bijak untuk anak-anak dan sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga.