Skip to main content

Malaysia

MINDEF tandatangani SST perolehan sistem peluru berpandu SAM untuk LCS TLDM

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali menandatangani Surat Setuju Terima (SST) bersama MBDA France bagi perolehan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) sempena Farnborough International Airshow 2026 di United Kingdom, Isnin lepas... kredit FB MINDEF Malaysia, Sumber: FB Kementerian Pertahanan Malaysia
Lokman Hakim bertukar dokumen Surat Setuju Terima (SST) dengan wakil MBDA France bagi perolehan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) di Farnborough International Airshow 2026 di United Kingdom, Isnin lepas. - Gambat Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menandatangani Surat Setuju Terima (SST) bersama MBDA France bagi perolehan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) sempena Farnborough International Airshow 2026 di United Kingdom, Isnin lepas.

MINDEF menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, dokumen berkenaan ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali bersama syarikat pertahanan Perancis itu untuk melengkapkan keupayaan persenjataan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Perolehan ini juga merupakan kontrak pelengkap penting bagi projek LCS untuk memastikan kapal berkenaan memiliki keupayaan pertahanan udara yang memenuhi keperluan operasi TLDM.

“Pemeteraian SST ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keupayaan strategik pertahanan maritim negara bagi mendepani cabaran geopolitik semasa,” menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan status kemajuan fizikal projek LCS mencatatkan pencapaian 78.1 peratus sehingga 31 Mei lepas.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement