Skip to main content

Malaysia

Lebih 11,000 kandungan 'deepfake' diturunkan sejak 2024

61741849143_TeoNieChing.jpg
Nie Ching berkata kandungan deepfake itu diturunkan selepas MCMC mengemukakan permohonan kepada penyedia platform media sosial berkenaan. - Gambar fail/ Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,677 kandungan deepfake diturunkan daripada 12,496 aduan berkaitan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak 2024, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kandungan deepfake itu diturunkan selepas MCMC mengemukakan permohonan kepada penyedia platform media sosial berkenaan.

Beliau berkata jumlah aduan berkaitan kandungan deepfake meningkat lebih lapan kali ganda dalam tempoh tersebut, dengan 917 aduan direkodkan pada 2024, meningkat kepada 3,612 pada 2025 dan 7,967 aduan setakat 15 Jun tahun ini.

“Bagi membendung penyalahgunaan AI, kerajaan menerusi Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 mewajibkan penyedia platform media sosial berlesen melaksanakan langkah mitigasi risiko, termasuk terhadap kandungan yang dijana menggunakan AI.

“MCMC telah berunding dengan penyedia platform yang berlesen ini untuk tengok bagaimana pelaksanaan kewajipan tersebut oleh penyedia platform berkenaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

 

Must Watch Video

Advertisement