Skip to main content

Malaysia

Hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri hingga 1 pagi

81730538310_generichujanhuja.jpg
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut)  dan Selangor (Hulu Selangor). - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri hingga 1 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan Langkawi,  Perak (Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Gua Musang).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut)  dan Selangor (Hulu Selangor).

Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) serta Kudat.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement