Skip to main content

Teknologi

Google Veo 3 kini jana video menegak dengan resolusi 1080p

51747889344_Veo.jpg
Google mengemas kini kecerdasan buatan (AI) generatif Veo 3 mereka dengan ia kini boleh menjana video menegak serta menyokong resolusi 1080p. Selain itu kos untuk menjana video juga dikurangkan berbanding sebelum ini. 


Ringkasan AI
  • Google Veo 3 kini menyokong penjanaan video menegak pada nisbah 9:16 dan resolusi HD penuh 1080p, sesuai untuk platform seperti TikTok dan YouTube Shorts.
  • Kos penjanaan video dikurangkan kepada $0.40/saat untuk model biasa dan $0.15/saat untuk model Veo 3 Fas.
  • Veo 3 bukan sahaja menjana video realistik tetapi turut menghasilkan audio yang sepadan, menjadikannya lebih berdaya saing dalam pasaran AI generatif.



Video menegak yang dijana adalah pada nisbah 9:16. Ini membolehkan ia digunakan untuk kandungan seperti YouTube Shorts, Instagram Stories dan TikTok.


Untuk mengubah janaan menjadi menegak, pilih tetapan โ€œaspect ratioโ€ dalam tetapan parameter. Mengubah resolusi video ke HD penuh juga perlu dilakukan menerusi tetapan yang yang sama.

Kos menjadi video menggunakan model Veo 3 kini ialah $0.40/sesaat berbanding $0.75/s. Sementara itu menggunakan model Veo 3 Fas pula ia kini $0.15/s berbanding $0.40/s.

Google Veo 3 diumumkan ketika Google I/O pada bulan Mei lalu dengan ia bukan sahaja boleh menjana video yang kelihatan realistik tetapi turut menjana audio yang berpadanan dengannya. -Amanz







Must Watch Video