Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 landa perairan Batu Pahat awal pagi ini

Gempa bumi lemah Perairan Batu Pahat
Orang ramai dinasihat kekal tenang dan mengikuti maklumat terkini daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak tepat. - Foto MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Satu kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.3 direkodkan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 1:17 pagi, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berlaku pada koordinat 1.7° Utara dan 102.7° Timur, kira-kira 20 kilometer (km) barat daya dari Batu Pahat, dengan kedalaman 10km.

MetMalaysia memaklumkan bahawa gegaran daripada gempa bumi itu berkemungkinan dirasai di kawasan sekitar Batu Pahat.

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan diterima.

Tambahnya, kejadian berkenaan dikategorikan sebagai gempa bumi lemah dan tidak dijangka mencetuskan sebarang ancaman serius seperti tsunami.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan agar kekal tenang dan mengikuti maklumat terkini daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak tepat.

Malaysia secara umumnya tidak terletak dalam zon lingkaran api Pasifik, namun beberapa kawasan di negara ini boleh merasai kesan gempa bumi yang berlaku di kawasan berhampiran.


 

Must Watch Video

Advertisement