Skip to main content

Dunia

Dua ditemukan maut dalam kebakaran hutan di tengah Vietnam

FOREST FIRE GENERIC
Menurut penduduk tempatan, pasangan suami isteri yang maut itu dipercayai turut serta dalam usaha memadamkan kebakaran. - Gambar hiasan

HANOI: Dua orang ditemukan maut susulan satu kebakaran hutan di Wilayah Ha Tinh di tengah Vietnam pada Sabtu, menurut Agensi Berita Vietnam yang memetik pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Kebakaran dilaporkan bermula pada waktu tengah hari di kawasan hutan Tay Xuan di Komun Ky Van, sebelum pihak berkuasa tempatan dan penduduk bekerjasama bagi mengawal serta mengawal kemarakan api.

Kedua-dua mangsa yang dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri dari komun berkenaan, ditemukan semasa operasi memadam kebakaran dijalankan. 

Menurut penduduk tempatan, pasangan itu dipercayai turut serta dalam usaha memadamkan kebakaran dan berkemungkinan maut akibat terhidu asap tebal.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement