Skip to main content

Malaysia

Gelandangan warga asing ditahan baling batu bata ke arah kenderaan polis

Gambar tular memaparkan sebuah kereta polis rosak akibat dibaling bata oleh suspek pada Rabu. -- SINAR HARIAN
Gambar tular memaparkan sebuah kereta polis rosak akibat dibaling bata oleh suspek pada Rabu. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang gelandangan warga Myanmar selepas merosakkan sebuah kenderaan polis dengan membaling batu bata di depan sebuah hotel di Jalan Hang Lekiu di sini, Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nuzulan Mohd Din dalam kenyataan hari ini berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu kemudian diberkas dengan bantuan orang awam pada 11.57 malam.

Beliau berkata lelaki terbabit yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental direman tiga hari bermula semalam hingga esok.

Nuzulan berkata polis sedang meneruskan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement