Skip to main content

Malaysia

Dua nelayan hilang sejak Rabu ditemukan lemas di perairan Pulau Pasir Hitam

Dua Nelayan Hilang Sejak Rabu Ditemukan Lemas Di Perairan Pulau Pasir Hitam -- Maritim Malaysia Perak
Mayat kedua-dua mangsa telah disahkan identiti oleh majikan masing-masing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto Maritim Malaysia Perak

IPOH: Dua nelayan tempatan ditemukan lemas selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Pasir Hitam, Kuala Trong dekat Bukit Gantang, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon, Komander Mohd Hairil Othman berkata kedua-dua nelayan itu ditemukan oleh sebuah kapal nelayan tempatan kira-kira 5 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai dua nelayan tersebut yang dilaporkan hilang kira-kira 5.30 petang pada Rabu lepas.

"Insiden berlaku apabila bot nelayan yang dinaiki mereka disyaki mengalami kerosakan enjin dan faktor cuaca buruk ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja menarik pukat.

"Mayat kedua-dua mangsa telah disahkan identiti oleh majikan masing-masing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Hairil turut mengingatkan nelayan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan penting ketika berada di laut.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement