ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Mei 2026.
1. Nik Zawawi beri penjelasan, hanya mahu masyarakat faham konteks sejarah
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau menghina, merendah atau mempersendakan wibawa para sahabat Nabi Muhammad SAW dalam ceramahnya baru- baru ini.
2.Skandal 1MDB: Jho Low didakwa mohon pengampunan daripada Trump
Taek Jho Low, ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam buruan antarabangsa dan dituduh Amerika Syarikat sebagai dalang salah satu skandal penipuan kewangan terbesar dunia, didakwa telah memohon pengampunan daripada Presiden AS, Donald Trump, baru-baru ini.
3.Polis buru lelaki disyaki kurung, liwat remaja di Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mengurung serta meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32, Shah Alam, pada Isnin.
4.Dakwa hina sahabat Nabi: Nik Zawawi mohon maaf, akui kekhilafan
Ahli Parlimen Pasir Puteh menyatakan permohonan maaf atas ucapan yang didakwa telah menghina empat sahabat Nabi Muhammad SAW.
5. 1MDB: PDRM masih bekerjasama dengan negara luar dalam kes Jho Low - KPN
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail turut optimis PDRM dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam menjalankan siasatan kes ini.
6. Kedudukan Exco, Timbalan Speaker dipecat Bersatu dalam kerajaan Kedah kekal โ Sanusi
Mereka ialah ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis.
7. Konflik Asia Barat: PM Anwar harap usaha diplomasi masyarakat global mampu redakan ketegangan
Usaha diplomasi masyarakat antarabangsa diharap dapat meredakan ketegangan konflik Amerika Syarikat dan Iran bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat.
8. Najib berjaya tangguh pembayaran USD1.3 bilion kepada SRC sementara tunggu rayuan
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pelaksanaan pembayaran ganti rugi sebanyak USD1.3 bilion kepada SRC International sementara menunggu rayuan terhadap keputusan mahkamah pada Mac lepas.
9. Lapan kanak-kanak terperangkap kepala air di Cameron Highlands diselamatkan
Lapan kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air ketika berada di Sungai Menson, Perkampungan Orang Asli Kampung Terisu, Kuala Terla, Cameron Highlands pada Rabu petang.
10. Abd Halim tekad pacu SPRM lebih bebas, bertindak tanpa pilih kasih
Ketua Pesuruhjaya baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman menegaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dipacu berteraskan kedaulatan undang-undang, lebih tegas, berwibawa dan bebas sepenuhnya.