Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Jun 2026.

 

1.Mahu tenangkan diri, Norafiza janji pulang dalam masa terdekat

Selepas hampir dua minggu menyepi, Norafiza Zainuddin, 41, dari Taiping yang dilaporkan hilang sejak 16 Jun lalu memberi khabar akan pulang dalam masa terdekat kepada ahli keluarganya.

 

2.LRT Shah Alam percuma sebulan, fokus kurangkan kesesakan dan kesan karbon - PM Anwar

Perkhidmatan LRT Shah Alam Line akan mula beroperasi secara percuma selama sebulan bermula esok sebagai fasa awal pelaksanaan laluan baharu.

 

3.PRN Johor: Maszlee dari peniaga pasar malam ke calon PH di Puteri Wangsa

Beliau menyifatkan pencalonannya di DUN Puteri Wangsa sebagai panggilan untuk kembali berkhidmat di tempat yang banyak membentuk kehidupannya.

 

4.Polis tahan enam pelajar lelaki bantu siasatan kes buli di Muar

Polis menahan enam pelajar lelaki bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar di sebuah sekolah di Muar pada Mei lepas.

 

5.PRN Johor: PM Anwar rayu pengundi beri mandat kepada PH

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu rakyat Johor agar memberikan mandat kepada calon-calon gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

 

6.Buli: Enam pelajar MRSM disingkir jika terbukti bersalah - Asyraf Wajdi

Enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor yang disyaki terlibat dalam kes buli berdepan tindakan disingkirkan daripada institusi berkenaan sekiranya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut. 

 

7.Polis terima tujuh laporan kes lewat urus pengebumian jenazah di Hulu Kelang

Polis menerima tujuh laporan berhubung isu pengurusan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang yang tular pada Khamis lepas, setakat 5 petang tadi.

 

8.PRN Johor: Manifesto PH dijangka tampil 10 tawaran utama untuk rakyat - Dr Zaliha

Pakatan Harapan (PH) Johor dijangka memperkenalkan manifestonya dalam masa terdekat yang mengandungi kira-kira 10 tawaran utama bagi memenuhi keperluan semasa rakyat di negeri itu.

 

9.Fahmi mahu pasukan NADI turun padang, perkasa masyarakat melalui ekonomi digital

Kementerian Komunikasi akan menggerakkan pasukan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk lebih proaktif turun padang termasuk membantu masyarakat memanfaatkan peluang menjana pendapatan melalui ekonomi digital.

 

10.PRN Johor: Tun Faisal persoal rundingan UMNO–Pas

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa rundingan antara UMNO dan Pas berlaku tanpa penglibatan penuh Perikatan Nasional (PN), dengan merujuk percanggahan kenyataan beberapa pemimpin berhubung perkara itu.

 

Must Watch Video

Advertisement