Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Julai 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Julai 2026.

  1. Nahas ragut dua remaja di Teluk Intan: Pemandu didapati positif dadah - Polis

    Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan disyaki memandu di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku.

  2. Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN - Istana Negeri Sembilan

    Istana Negeri Sembilan menasihatkan parti-parti politik yang bertanding untuk tidak mengaitkan institusi diraja semasa berceramah dan berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

  3. PRN N.Sembilan: 22,339 anggota keselamatan, pasangan mengundi awal esok

    Jumlah itu membabitkan 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis dan pasangan.

  4. Anwar nafi abai kepentingan Bumiputera, dedah 50 ekar tanah rizab Melayu baharu diwujudkan di Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya Kerajaan MADANI tidak menjaga kepentingan Bumiputera, khususnya masyarakat Melayu.

  5. F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Sultan Ibrahim, Raja Bahrain

    Perlumbaan berprestij Formula 1 (F1) bakal kembali mewarnai Litar Antarabangsa Sepang Petronas menerusi penganjuran Grand Prix (GP) Bahrain, hasil kejayaan diplomasi diraja di antara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa.

  6. F1 kembali ke Malaysia tanpa yuran pendaftaran, kerajaan hanya tanggung kos baik pulih trek RM16 juta

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan penganjuran semula perlumbaan Formula 1 (F1) di negara ini tidak dikenakan bayaran yuran pendaftaran kepada Fédération Internationale de l'Automob (FIA).

  7. PRN Negeri Sembilan: Bukan arahan kepada tentera dan polis, tapi mohon beri peluang - Zahid

    Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Barisan Nasional (BN) akan komited menjaga kebajikan anggota tentera dan polis serta keluarga mereka.

  8. Kerajaan tak kompromi pelarian langgar undang-undang, ganggu ketenteraman awam - Anwar

    Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

  9. 41,596 warga asing ditahan setakat 15 Julai - Ketua Pengarah JIM

    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan sebanyak 7,105 operasi merangkumi 96,994 pemeriksaan dan 41,596 penahanan terhadap pendatang asing di seluruh negara setakat 15 Julai lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban. 

  10. Pendakwaan kemuka 25 saksi dalam perbicaraan kes bekas PTD, isteri

    Pihak pendakwaan akan mengemukakan 25 saksi dalam perbicaraan kes bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isterinya Salwani Anuar @ Kamaruddin yang berdepan pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Must Watch Video

Advertisement