Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Julai 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Julai 2026.

  1. Pelajar dan bapa dipukul dalam pergaduhan di depan sekolah

    Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dan bapanya cedera selepas dipercayai dipukul sekumpulan pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Seri Kembangan, 3 Julai lalu.
     
  2. Malaysia berdepan tarif baharu 10 peratus Amerika Syarikat

    Malaysia, antara negara ASEAN yang dikenakan kadar duti terendah sebanyak 10 peratus di bawah tarif baharu Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) susulan kegagalan melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.
     
  3. PRN Negeri Sembilan: 'Saya tidak memenuhi syarat kelayakan jadi MB' - Anthony Loke

    Pakatan Harapan (PH) hanya mempunyai seorang calon Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun atau lebih mesra dikenali dengan gelaran Tok Min, tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
  4. Pendedahan awal laporan RCI Tabung Haji dikhuatiri jejaskan kestabilan institusi - PM Anwar

    Beliau berkata, ketika kerajaan mengambil alih pentadbiran, Tabung Haji berdepan masalah serius termasuk kerugian melebihi RM10 bilion akibat penyelewengan.

  5. Insiden letupan Kem Hobart: Tuas keselamatan bom tangan dipercayai terlepas sebelum balingan

    Dapatan itu dibuat berdasarkan kedudukan letupan, bukti di lokasi kejadian serta analisis kesan kecederaan yang dialami mangsa.
     
  6. Bekas menteri Idris Jala hidap kanser tahap tiga

    Bekas menteri Datuk Seri Idris Jala mengesahkan beliau menghidap kanser paru-paru tahap tiga selepas biopsi mengesahkan ketumbuhan yang ditemui pada paru-paru kirinya.
     
  7. Sejarah tercipta! Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship

    Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, bagi merebut Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight pada acara ONE: The Inner Circle 23.
     
  8. Remaja maut dipercayai terjatuh dari tingkat 68 Komtar

    Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selain hampir keseluruhan anggota badannya mengalami kecederaan serius akibat impak terjatuh dari tempat tinggi
     
  9. Tiada peraturan baharu berhubung pernyataan awam oleh pegawai awam - JPA

    Surat Edaran yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 19 Jun tahun lepas, bertujuan untuk memperjelas pelaksanaan peraturan berhubung pernyataan awam oleh pegawai awam mengikut perkembangan teknologi komunikasi dan penggunaan media sosial semasa.
     
  10. PRN Negeri Sembilan: BN pertaruh manifesto berasaskan rekod pentadbiran - Mohamad Hasan

    Barisan Nasional (BN) memaklumkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16) dirangka berasaskan dasar dan pelan pembangunan yang pernah dilaksanakan sebelum ini, dengan penambahbaikan mengikut keperluan semasa.

Must Watch Video

Advertisement