Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Julai 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Julai 2026.

  1. Polis KL adakan perhimpunan bulanan waktu malam, selari realiti ibu kota “tidak pernah tidur”

    Polis Kuala Lumpur (KL) membuat kelainan apabila mengadakan perhimpunan bulanan pada waktu malam bagi mencerminkan realiti penugasan pasukan itu yang beroperasi 24 jam sehari.

  2. PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN-BN dikenali sebagai Perikatan Barisan Nasional - Hamzah

    Kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dicadangkan menggunakan nama baharu, Perikatan Barisan Nasional (PBN).

  3. Parti Kancil hanya ‘kacau’ undi PH, kata Amanah

    Penyertaan Parti Bersama Malaysia (Bersama) dalam pilihan raya tanpa kerjasama dengan mana-mana gabungan politik berpotensi mengganggu keputusan undian parti lain, khususnya Pakatan Harapan (PH).

  4. Kebocoran maklumat peribadi: Peguam hantar LOD kepada Maxis - Khairul Aming

    Khairul Aming dalam kenyataan di laman media sosial menegaskan, pasukan peguamnya akan mengendalikan kes itu sehingga selesai.

  5. Cubaan rompak: Polis sahkan pemandu van keselamatan meninggal dunia

    Seorang petugas syarikat keselamatan meninggal dunia ketika proses merekod keterangan di IPD Klang Selatan bagi membantu siasatan kes cubaan samun di Bandar Bukit Tinggi.

  6. PRN Negeri Sembilan: Kerajaan Negeri, Persekutuan kekal sehaluan kunci kestabilan - PM Anwar

    Kerjasama yang kukuh antara kedua-dua pentadbiran penting bagi memastikan segala perancangan dan projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

  7. Dasar HBH: Penjawat awam layak kerja tiga hari di pejabat, dua hari BDR mulai 1 Ogos

    Penjawat awam yang layak bakal bekerja secara hibrid, iaitu tiga hari di pejabat dan dua hari bekerja dari rumah (BDR) setiap minggu menerusi pelaksanaan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma kerja baharu dalam perkhidmatan awam.

  8. Malaysia tetap tegas sekat kemasukan warga Israel - PM Anwar

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus berpegang kepada pendirian menyekat kemasukan warganegara Israel ke negara ini meskipun lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) menyuarakan rasa tidak berpuas hati atas keputusan itu.

  9. Polis tumpas sindiket judi dalam talian kutip pertaruhan RM27 juta sehari

    Sindiket perjudian dalam talian yang dipercayai mengutip pertaruhan dianggarkan RM27 juta sehari termasuk berkaitan Piala Dunia tumpas selepas polis menyerbu 19 premis perniagaan dan kediaman di sekitar Lembah Klang menerusi Ops SOGA XI pada 16 Julai.

  10. Gabungan BN-PN mampu bentuk hala tuju Petronas - Zaid Ibrahim

    Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mampu memastikan Petronas terus berkembang dan kekal sebagai institusi strategik negara sekiranya kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan Persekutuan, kata Datuk Zaid Ibrahi

Must Watch Video

Advertisement